Seruan Pondok Muhammadiah
Proposal Projek Pembangunan Darus Suffah
Sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat, pihak pengurusan pondok meran-cang untuk membangunkan Darus Suffah – sebuah projek pembangunan 16 unit kediaman khas yang bertujuan menyediakan kemudahan pengajian dan kediaman untuk individu atau pasangan yang ingin mendalami ilmu agama dalam suasana pondok yang kondusif.
Dengan anggaran kos sebanyak RM1.5 juta, projek ini merupakan satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan pendidikan Islam dan penyebaran ilmu yang akan memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan.
- Darus Suffah
Anggaran kos : RM1.5 juta
Merangkumi pembangunan, system elektrik dan perpaipan, infrastruktur, perabot & kemudahan asas serta pengurusan lain.
- Darus Suffah
Pelan Perlaksanaan: 3 Fasa Utama
Merangkumi pembangunan, system elektrik dan perpaipan, infrastruktur, perabot & kemudahan asas serta pengurusan lain.
- Darus Suffah
Manfaat: 4 Kumpulan penerima manfaat
Merangkumi pembangunan, system elektrik dan perpaipan, infrastruktur, perabot & kemudahan asas serta pengurusan lain.
Spesifikasi Projek
- Jumlah Unit Kediaman: 16 Unit
- Jenis Kediaman: Rumah separa kekal yang selesa untuk individu / pasangan suami isteri.
- Kawasan rehat & ruang diskusi
- Surau mini untuk aktiviti ibadah & kuliah
- Tempat letak kenderaan
- Landskap hijau untuk suasana pembelajaran yang tenang
Projek ini akan menggunakan reka bentuk pondok moden yang mengekalkan elemen tradisional tetapi dilengkapi dengan fasiliti yang selesa, selari dengan keperluan pengajian dewasa.
Objektif Projek
- Menyediakan Kediaman untuk Individu & Pasangan yang Ingin Mendalami Ilmu Agama
- Memperkasa Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
- Meningkatkan Akses kepada Pendidikan Agama untuk Golongan Profesional & Dewasa
- Memelihara Tradisi Pengajian Pondok dengan Fasiliti yang Lebih Kondusif
- Menyediakan Sumber Dana Berterusan untuk Pondok
- Menyediakan Ruang bagi Masyarakat Umum untuk Berinteraksi dengan Ilmu Islam
Pondok Muhammadiah akan terus berkembang sebagai pusat pendidikan Islam kepada golongan dewasa dan pasangan suami isteri yang ingin mendalami ilmu agama.
Anggaran Kos Projek
RM 200,000
Struktur bangunan (16 unit)
RM 800,000
Sistem elektrik & perpaipan
RM 150,000
Infrastruktur kawasan (jalan, landskap, tempat letak kenderaan)
RM 150,000
Perabot & kemudahan asas
RM 100,000
Kos pengurusan & lain-lain
RM 100,000
Jumlah Keseluruhan
RM 1,500,000
Sumber dana projek ini akan diperoleh melalui sumbangan orang ramai, dermawan, institusi wakaf, serta dana khas yang diperuntukkan oleh pihak pondok.
Proposal Lengkap Projek Pembangunan Darus Suffah
Seruan Pondok Muhammadiah
Sumbangan Projek Pembangunan Darus Suffah
Saluran Sumbangan
Sumbangan secara “Manual Transfer” boleh dibuat kepada salah satu akaun bank di bawah.

553010639006

03010002364711
Sumbangan secara “Online” boleh dibuat dengan membuat pembayaran ke atas borang bayaran online di bawah. (Klik butang Sumbang Online)
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
