Sistem Pengajian
Syarat Kemasukan Pelajar Baharu
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan diberikan kepada pelajar warganegara.
- Minima 13-22 tahun pada tahun kemasukan.
- Tiada had umur maksimum selagi mampu mengikuti pengajian.
- Asas Pendidikan
- Mempunyai asas membaca al-Quran dengan lancar.
- Boleh membaca dan menulis tulisan Jawi dan Rumi asas.
- Kesihatan
- Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit berjangkit.
- Mampu mengurus diri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
- Akhlak & Disiplin
- Sanggup mematuhi segala peraturan dan disiplin Pondok Muhammadiah.
- Tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah, dadah atau gangsterisme.
- Komitmen Keluarga
- Ibu bapa/penjaga bersetuju untuk membuat bayaran pendaftaran RM500 semasa mendaftar dan RM180 yuran bulanan seterusnya.
- Semua bayaran hendaklah dibuat melalui Online Banking sahaja.
- Dokumen Diperlukan Semasa Memohon
- Salinan Kad Pengenalan pelajar & ibu bapa/penjaga.
- Salinan sijil lahir pelajar.
- Salinan kad OKU (jika berkaitan).
- Salinan sijil sekolah terakhir / keputusan peperiksaan terkini.
- 2 keping gambar berukuran passport.
Pelajar wajib tinggal di asrama, menjalani proses tarbiyyah melalui solat berjemaah, menjaga zikir-zikir harian dan khidmat.
