Pusat Pengajian Pondok Dan Tahfiz Di Kelantan

Selamat Datang Ke Pondok Muhammadiah

Ke arah melaksanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berwawasan akhirat.

Melahirkan Pelajar Berpengetahuan Agama, Berakhlak Mulia & Berwawasan Akhirat

Pengajian Ilmu Agama (Aqidah, Fiqh, Tasawwuf Dan Lain-lain) Menggunakan Kitab Turath Berpaksikan Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

40+

Tahun Telah Beroperasi

20+

Tenaga Kerja

200+

Pelajar

1000+

Alumni

Sangat tenang belajar di sini. Banyak ilmu agama dari peringkat asas hingga tinggi diajarkan oleh guru-guru yang alim.
Zahid
Pelajar
Anak saya sudah pandai membaca Al-Quran dengan lancar. Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang telah mendidik anak saya.
Puan Noraini
Ibu Pelajar
Suasana pembelajaran yang dapat mengimbau zaman pengajian ulama silam. Pengajian menggunakan kitab turath merupakan hal yang sangat istimewa.
Kamil
Pelajar

Soalan lazim berkaitan pondok

Yuran pendaftaran sebanyak RM300 termasuk pendaftaran, asrama, makan minum bulan pertama, dan tabung pelajar. Tidak termasuk harga kitab anggaran RM50 hingga RM200.

Yuran bulanan sebanyak RM180 sebulan untuk 3 kali sehari makan minum dan bil elektrik.

Syarat-syarat untuk belajar di pondok adalah seperti berikut:

  1. Berumur 13-22 tahun (lelaki) manakala 11-22 tahun (perempuan).

  2. Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan.

  3. Bersedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pondok.

  4. Sudah menamatkan pengajian di mana-mana tempat pengajian.

  5. Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.

  6. Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak pondok.

Pemohon perlu membawa dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.

  2. salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.

  3. Sijil berhenti sekolah /madrasah terdahulu.

*bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak pondok hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Ya. Pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun. Walaubagaimanapon, kemasukan pelajar perlu cukup 40 hari sebelum cuti penggal pondok.

Cuti penggal pondok 3 kali setahun ; Cuti Maulidurrasul, Cuti Hari Raya Aidilfitri, Cuti Hari Raya Aidiladha.

Ya, boleh. Pengajian pondok terbuka kepada orang ramai untuk mari belajar. Tiada sebarang yuran dikenakan.

Sumbangan secara chek, bank transfer atau lain-lain pembayaran boleh dibuat kepada no akaun berikut:
PONDOK MUHAMMADIAH
(MAYBANK)
553010639006

Hubungi

Pondok Muhammadiah, Kg. Beta Hilir,
15100 Kota Bharu Kelantan

+60134427096
+60179886585
© 2025 Pondok Muhammadiah