Program & Sistem Pengajian

Pondok Muhammadiah

Sistem Pengajian

Pengajian Pondok / Kitab Turath

Sistem Pengajian

Pengajian Tahfiz / Tahfiz Al-Quran

Kaedah Pembelajaran
Penilaian Pelajar

Sistem Pengajian

Program Warga Emas

Pengenalan

Pondok Muhammadiah membuka peluang penempatan dan pengajian agama sepenuh masa khas untuk warga emas perempuan. Program ini memberi ruang kepada golongan wanita berusia untuk menuntut ilmu, beribadah, dan tinggal dalam suasana tenang yang berpaksikan syariat Islam.

Kemudahan Penempatan

  • Asrama khusus untuk warga emas perempuan.
  • Ruang pengajian harian bersama guru.
  • Masjid untuk solat berjemaah dan tazkirah.
  • Kemudahan asas: bilik, tandas, ruang rehat.
  • Makan minum adalah urusan sendiri (tidak termasuk dalam yuran).

Pengajian & Aktiviti

  • Pengajian Kitab Asas (Fiqh ibadat, Akhlak & Tasawuf, Tafsir ringkas, Hadis pilihan).
  • Pengajian al-Quran (tajwid, tadarus, hafazan surah pilihan).
  • Aktiviti Harian: solat berjemaah, zikir & wirid bersama, gotong-royong, tazkirah selepas Subuh & Maghrib.

Yuran & Pendaftaran

  • Yuran Pendaftaran Awal: RM200 (sekali sahaja).
  • Yuran Bulanan Asas: RM25 sebulan.
  • Tambahan: RM5 sebulan untuk setiap penggunaan barangan elektrik peribadi (contoh: periuk elektrik, kipas tambahan).
  • Makan Minum: Tanggungjawab sendiri.

Syarat Kemasukan

  • Wanita berusia 50 tahun ke atas.
  • Sihat tubuh badan dan mampu mengurus diri sendiri.
  • Berdisiplin dan sanggup mematuhi peraturan pondok.