Penerima Anugerah Pondok Harapan

Penerima Anugerah Pondok Harapan

Penerima Anugerah Pondok Harapan

🌟 Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah 🌟

Dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri, Pondok Muhammadiah telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pondok Harapan sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1447H / 2025.

Majlis penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada malam tadi. Mewakili pondok, Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Jalaludin Asayuti bin Mohamed, selaku Mudir Pondok Muhammadiah, telah hadir menerima anugerah tersebut dalam suasana yang penuh barakah.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat besar kepada usaha dakwah, pendidikan dan kebajikan yang dijalankan di Pondok Muhammadiah. Ia juga menjadi penyuntik semangat untuk terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan institusi ilmu dan tarbiah ini.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, para penyokong, para pewakaf, guru-guru, pelajar serta seluruh umat Islam yang sentiasa mendoakan kejayaan Pondok Muhammadiah.
Semoga anugerah ini menjadi pencetus harapan, membawa sinar buat ummah.

Share this:
Lain-lain dari aktiviti Umum

Waqaf Tanah Untuk Diri Sendiri Atau Ibu Bapa

“Kepada semua yang prihatin, kami dengan rendah hati memohon sumbangan untuk pembangunan sekolah pondok kami....

Kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan

Alhamdulillah, pada 13 Mac 2025, Pondok Muhammadiah telah berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Timbalan...

Pendaftaran Pelajar Baru – Sesi 2026 Kini Dibuka

  Lihat Info Permohonan Kemasukan

...