Alamat
Pondok Muhammadiah, Kg. Beta Hilir, 15100 Kota Bharu Kelantan.
No Telefon
Borang Pertanyaan
SIla isikan borang di bawah jika anda ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang diinginkan. Pihak Pondok Muhammadiah akan cuba membalas dengan secepat mungkin.
Soalan-soalan lazim
-
Yuran pendaftaran sebanyak RM300 termasuk pendaftaran, asrama, makan minum bulan pertama, dan tabung pelajar. Tidak termasuk harga kitab anggaran RM50 hingga RM200.
-
Yuran bulanan sebanyak RM180 sebulan untuk 3 kali sehari makan minum dan bil elektrik.
-
Syarat-syarat untuk belajar di pondok adalah seperti berikut:
- Berumur 13-22 tahun (lelaki) manakala 11-22 tahun (perempuan).
- Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan.
- Bersedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pondok.
- Sudah menamatkan pengajian di mana-mana tempat pengajian.
- Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah.
- Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak pondok.
-
Pemohon perlu membawa dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
- Sijil berhenti sekolah /madrasah terdahulu.
*Bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak pondok hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.
-
Ya. Pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun. Walaubagaimanapon, kemasukan pelajar perlu cukup 40 hari sebelum cuti penggal pondok.
Cuti penggal pondok 3 kali setahun ; Cuti Maulidurrasul, Cuti Hari Raya Aidilfitri, Cuti Hari Raya Aidiladha.
-
Ya, boleh. Pengajian pondok terbuka kepada orang ramai untuk mari belajar. Tiada sebarang yuran dikenakan.
