Kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan

Kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan

Kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan

Alhamdulillah, pada 13 Mac 2025, Pondok Muhammadiah telah berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, Tn. Hj. Adly Zahari, dalam Program Veteran Desa Madani. Program ini bertujuan menghargai jasa para veteran serta memperkukuhkan hubungan antara masyarakat pondok dan golongan pesara pertahanan negara.

Kehadiran YB Tn. Hj. Adly bukan sahaja membawa semangat patriotisme, malah turut berkongsi amanat serta aspirasi kerajaan dalam memperkasa kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ucapan terima kasih kepada YB Tn. Hj. Adly Zahari dan Pengarah Yadim Kelantan, Ustaz Mahadi Awang atas penyampaian sumbangan kepada pihak Pondok dalam majlis tersebut.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menjadi medan penyatuan ummah dan memberi manfaat kepada seluruh warga pondok serta komuniti setempat.

Saksikan momen-momen bermakna sepanjang program tersebut.

Share this:
Lain-lain dari aktiviti Umum

Waqaf Tanah Untuk Diri Sendiri Atau Ibu Bapa

“Kepada semua yang prihatin, kami dengan rendah hati memohon sumbangan untuk pembangunan sekolah pondok kami....

Penerima Anugerah Pondok Harapan

Dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri, Pondok Muhammadiah telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pondok...

Pendaftaran Pelajar Baru – Sesi 2026 Kini Dibuka

  Lihat Info Permohonan Kemasukan

...