Tuan Guru Paksu Mat

1932-2000
Al-Marhum Tuan Guru Haji Mohamed Bin Mat Diah lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru Pak Su Mat. Beliau dilahirkan pada tahun 1932M di kampung Beta Hilir Kota Bharu Kelantan. Beliau anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dari keluarga yang sederhana. Pada peringkat awal beliau mendapat pendidikan daripada ayahnya sendiri yang dikenali dengan panggilan Tok Haji Mat Diah. Pada waktu itu ayahnya adalah seorang guru Al Quran di kampung Beta Hilir.

Setelah kematian ayahnya beliau hidup lebih berdikari dengan bantuan kakaknya Hjh. Halijah Bt Mat Diah (Mok Da Jah). Langkahan pertama, beliau mendaftarkan diri di sebuah sekolah agama di Pasir Mas selama 2 tahun. Seterusnya beliau menyambung pengajian di Pondok Tok Guru Hj. Ghoni Kubang Bemban Pasir Mas selama 12 tahun dan Pondok Terusan Pasir Tumbuh Kota Bharu Kelantan selama 10 tahun. Semasa di Pondok Terusan Pasir Tumbuh, beliau merupakan murid harapan Tok Guru Haji Hashim, Tok Guru Haji Mustofa dan Tok Guru Haji Abdul Aziz kerana beliau adalah salah seorang murid yang berkebolehan mengajar secara kelompok (Naqib Murajaah / Mentalaah).

Beliau meninggal dunia pada 14 April 2000 ketika berusia 68 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mulia di sisi Allah.
Sumbangan secara chek, bank transfer atau lain-lain pembayaran boleh dibuat kepada no akaun berikut:
PONDOK MUHAMMADIAH
(MAYBANK)
553010639006

Hubungi

Pondok Muhammadiah, Kg. Beta Hilir,
15100 Kota Bharu Kelantan

+60134427096
+60179886585
© 2023 Pondok Muhammadiah